Salam Sejahtera, mengambil masa berminggu untuk menyambung tulisan saya di sini tak bererti saya melupakan setiap entry yang bakal saya terbitkan, namun akaklah segala-galanya dari segi, marketing, staff, 'boss' hehe, photographer dan peng'update' facebook dan blog..! (owh.. tamaknya akak ini, no no no... ini lebih kepada kesanggupan diri sendiri tau..!)
Perkongsian kali ini rasanya cukup bermakna buat mereka yang baru ingin menceburkan diri dalam wedding servis ini. Tatkala kami diberi mandat mereka majlis resepsi ini yang berkonsepkan Dreams Wedding, idea demi idea yang keluar mencurah-curah. Memandangkan pelamin dan konsep yang baru, dan kami sendiri sukakan kelainan sudah pasti atas dasar mix and match dari 'customer request' dan idea kami digabungkan. Memikirkan kelainan yang lebih dahsyat lagi, kebetulan pula seorang rakan yang datang dari Indonesia tampil ke butik kami lalu menunjukkan skill mereka. Maka setelah mendapat kata putus maka kami berhubung lagi perbincangan melalui layar internet menghubungkan kami, dari discussion, sketch, quotation dan segala perubahan demi perubahan... maka kerja bermula...dan terhasillah pelamin indah ini...
|
Pelamin yang direka khas untuk tema Dreams Wedding |
Themed Dreams Wedding ini sebenarnya diberikan sendiri oleh klien kami yang tidak mahu tema ini nampak seperti fairytales namun ia seolah-olah di dalam mimpi. Maka kami ciptakan konsep yang pasti tatkala tetamu melangkah masuk ke dalam dewan perkataan yang terdikit adalah 'wow!' ..hmm mungkin bukan di mulut tetapi di dalam hati pastinya, kerana ada 'wow' factornya di situ.
|
Ruang foyer yang dihias oleh De Classaflora dan juga pihak hotel |
|
Sudut photo booth yang dihias secara terperinci |
|
spider yang menghiasi ruang syiling hall serta walklway |
|
hiasan walkway berupa meja konsul yang dihias dengan vase-vase berisi air biru dan flower arrangement |
|
Maintable bulat bersaiz besar ini kami hias juga dikelilingi bling-bling stand |
|
Hiasan main table dengan centerpiece yang sarat dengan bunga hydrangea, cassa, roses, orchid, eustoma etc. |
|
Pelamin kaca ini kami tambahkan lagi kemasan dan hiasan |
|
Bola-bola cermin yang berlainan size turut menjadi bahan utama hiasan kami |
|
Gubahan bunga yang pasti menyerikan lagi pelamin |
Beginilah cara kami, team De Classaflora bekerja, memastikan setiap impian dan keinginan klien kami tercapai, yelah... anda membayar kami atas apa yang anda idamkan dan itulah yang harus kami berikan. Setiap sudut pasti kami hias dengan terperinci hingga mencapai kepuasan kami dan pasti customer juga tersenyum.
Namun, tak semudah yang dinukilkan di sini, apabila kami terpaksa berhadapan dengan karenah kastam, kelewatan 'shipping'nya dan ada pula stucturenya yang sampai sudah patah dan rosak dek perjalanan yang jauh. Inilah pengalaman yang paling dan amat mendebarkan apabila kontena yang sampai di kedai kami pada hari pelamin akan dipasang. Saat itu, bersyukur kami kehadrat Ilahi atas makbulnya doa kami, kerana tidak boleh dibayangkan keadaan seandainya pelamin ini lewat tiba.
Alhamdulillah...walaupun saat mencemaskan itu hanya saya dan suami merasai, saya berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan diluar sana agar memastikan tempahan dibuat selewat-lewatnya 4 bulan sebelum majlis, dan senang cerita kalau ada pakar di sini biarlah di sini sahaja pembikinannya (hargailah barangan buatan Malaysia haha)
*sentiasa berdoa agar bertemu dengan orang tempatan yang pandai mengukir seperti ini agar senang untuk berinteraksi dan merealisasikan kerja-kerja kami :) dan mudah-mudahan dreams wedding anda juga mampu kami realisasikan...aminnn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan