Daisypath Wedding tickers

Ahad, 29 Mei 2011

Class A Flora....

'Bermain' dengan bunga-bungaan setiap hari adalah satu perkara biasa bagi kami, malah anak-anak saya juga sudah diperkenalkan berbagai jenis bunga sebaik mereka sudah tahu 'membantu', hatta...mereka sendiripun sudah tidak hairan melihat bunga-bunga yang pelbagai jenis fresh mahupun yang palsu dan bunga yang paling awal saya perkenalkan kepada anak-anak sudah pasti orchid dan rose. Dan saya sendiri tidak menghalang mereka mencuba menggubah bunga mengikut citarasa mereka sendiri :) dan sekarang anak kecil saya yang sudah berumur 1 tahun 3 bulan sudah pandai mencucuk bunga ke dalam span (cara dialah) tapi kalau anda lihat pasti akan terdetik di fikiran anda "comel..."

Tetapi bukan tentang anak-anak yang ingin saya ceritakan di sini tetapi tentang pengalaman saya menggubah dan menghantar ke istana, perlu saya paparkan sedikit di sini takut nanti ada yang mempersoalkan benarkah 'statement' yang ditulis padahal tiada sebarang bukti, sebenarnya bukan mudah untuk mendapat peluang bergambar di dalam istana kerana ia tempat yang amat dikawal rapi, hanya sesekali sahaja dapat peluang sebegini, bagi kami peluang untuk menjejakkan kaki ke dalamnya sudah cukup bertuah so jangan lebih-lebih :)



















1 ulasan:

Label