"Majlis anak lelaki je, tak perlu buat besar-besar, simple-simple aje..", itu yang sering kita dengan luahan dari ibu-ibu pengantin. Tapi baru-baru ni ada si ibu yang berkata begini, "Laa...ingatkan anak lelaki tak teruk, simple-simple je, rupanya banyak juga nak kena buat dan nak kena fikir", saya tersenyum dan pada saya lelaki atau perempuan sama sahaja, yang nak kahwin anaknya dan yang hendak disambut pasti bakal menantunya. Kesian pulak anak lelaki kalau majlisnya simple-simple sahaja. Majlis yang hendak yang difikirkan sebaiknya diraikan dengan sebaik mungkin dan berbelanja itu adalah perkara kedua selepas menghitung segala kerja dan belanjawannya.
Entry kali ini pastinya bersesuaian dengan apa yang saya tulis di atas, majlis perkahwinan anak lelaki. Bertuah sang pengantin empunya diri yang merupakan anak lelaki dan cucu pertama dalam keluarga ini. Majlis semua di atur ibu dan ibu saudara sendiri yang merupakan kenalan saya sejak beberapa tahun yang lalu. Dari majlis bertunang kami sudah mula menghias rumah mereka dan kami sudah faham citarasa mereka. Neneknya yang sudah kurang sihat turut dihargai impiannya, lalu kami hias indah majlis agar tambah seperti majlis di dalam hotel 5 star biarpun ianya dibuat di perkarangan rumah. Hmm... biar di mana lokasinya yang penting, hiasan tetap meletop!!
Gambar
Hantaran : sentuhan modern, bunga tulip (cukup fragile) dan calla lily
Gambar
Hantaran : sentuhan modern, bunga tulip (cukup fragile) dan calla lily
Pelamin yang dihias dengan gubahan bunga segar terutamanya pheleonopsis orchid |
Gubahan dan sentuhan exsklusif |
Garden Concept |
Maintable yang cukup mewah |
Hiasan Maintable |
Dessert Table |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan