Salam Syawal 1432Hijr, tinggal lagi 10 hari berbaki, jemputan open hause di sana sini, namun tak dapat menghadirkan diri kerana job bertimbun sebaik pulang melaporkan diri, seminggu beraya di kampungpun sudah ada yang bertanya itu dan ini, tak boleh merungut kerana inilah punca rezeki kami. Banyak tugasan lepas raya kali ini, bukan sahaja majlis kahwin tetapi majlis rumah terbuka juga perlu kami dekorasi, terlalu sibuk sehingga tak sempat mencoret pengalaman di sini.
Banyak sudah episod yang sudah ketinggalan, ini kes semuanya nak buat sendirian, perlu masa yang banyak untuk diluangkan, mengadap laptop time malam-malam, time anak kecil nyenyak tidur so..tiadalah gangguan, kalau tidak pasti diapun sibuk hendak menumpang kaki dan tangan.... :)
Paparan kali ini milik pasangan Abby dan Shahril, pertemuan di saat-saat akhir nampaknya membuahkan hasil, hasrat pengantin dengan budgetnya tidak kami sia-siakan dan berjalan lancar hingga ke sentuhan terakhir, sedikit kekecohan berlaku di awalnya kerana warna langsir, namun dapat diselesaikan juga dengan idea lain yang hadir, biasalah berlaku kes-kes kecil yang adakalanya tidak kita terfikir.
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan keikhlasan pasti membuahkan hasilnya. Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segala... Kepada Abby dan Shahril semoga kasih dan sayang sebagai suami isteri berkekalan sehingga ke ahirnya.....
Venue: Eastin Hotel PJ
Date: 21 Mei 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan