Daisypath Wedding tickers

Isnin, 19 September 2011

Sweet and Luxurious E-day

Assalamualaikum....

Entry kali ini saya ingin bercerita tentang tempoh tempahan.  Bila difikir-fikir kembali kebanyakan pelanggan-pelanggan De Classaflora untuk tahun ini membuat tempahan di saat-saat akhir, pernah saya dan suami berbincang dan terfikir agaknya De Classaflora tempat terakhir pelanggan membuat pilihan selepas puas meninjau dan mendapatkan sebutharga di butik-butik lain.  Hmm....tak kisahlah awal ke lambat yang penting date tu masih lagi kekosongan dan sempat untuk di fikirkan, dan setiap kali berlaku seolah-olah kebetulan kerana shedule kami awal kosong untuk awal2 pertengahan tahun tetapi tiba menjadi amat sibuk dengan last minute event pada setiap minggu, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, ia merupakan rezeki kami warga DC.

Paparan kali ini majlis Pertunangan Siti Aisyah dan Ahmad Sopian, datang 2 minggu sebelum majlis untuk perbincangan majlis pertunangannya bersama keluarga.  Menggaru kepala saya yang pastinya tidak gatal ini memandangkan perancangan awal hendak membawa anak2 bercuti, namun hasrat di batalkan kerana diperkenalkan oleh seseorang yang tidak dapat saya tolak permintaannya, maka terus saya catatkan pada planner saya dan ok! saya ke rumah mereka untuk melihat ruangnya.

Tiba hari yang dinanti, kerja-kerja pemasangan bermula selepas zohor hingga ke 2am dan bersambung kembali pagi esoknya sebelum majlis bermula, dari pelamin, hantaran, centerpiece dan dessert table dan semuanya berjalan lancar.  Dengan ruang yang cukup selesa terdetik di fikiran saya alangkah bertuah dan baiknya pemilik rumah ini, kaya tetapi tidak sombong dan paling saya kagum apabila ruang surau yang cukup sempurna untuk tetamu yang tak pernah saya lihat di rumah lain... semoga Allah merahmati orang-orang yang sentiasa mengimarahkan 'rumahNya'....


















2 ulasan:

  1. Salam DC,

    Saya dah follow DC selama setahun lebih. Cukup saya katakan kualiti kerja yg DC berikan sangat memuaskan hati. Kalaulah DC ada cawangan di Jhr, saya orang pertama dtg book utk majlis.

    Keep up k.

    BalasPadam
  2. Thanks Aznah, pujian yang amat memberangsangkan, Insyaallah...

    BalasPadam

Label