Daisypath Wedding tickers

Ahad, 30 Oktober 2011

Elegant Concept

Sukar rasanya memikirkan nama bagi sesebuah majlis yang kami tampilkan, seolah-olah memberi tajuk bagi sesebuah lirik lagu, so... konsepnya hanya themed yang sedia ada hehe...

Majlis ini adalah milik klien kami yang datang sebulan sebelum puasa untuk menempah tarikh seminggu selepas raya (agak last minutelah), perbualan melalui telefon awalnya, selepas beberapa kali pujuk rayu supaya kami menerima job ini, akhirnya termeterilah sebuah perjanjian.  Sebaik selepas seminggu cuti Raya Aidilfitri, kami pulang dan mengembalikan semula mood kerja.

Konsep kali ini lebih kepada sweet pink pada majlis nikahnya dan elegant look pada majlis resepsi.  Pemilihan warna pink pada pelamin dan hantaran serta baju kerabat terdekat menceriakan majlis nikah di rumah pengantin, dan warna purple, blue and white and silver cukup tampak anggun di hari resepsi di Dewan Sivik PJ.  Buat kali ke 3 kami menggunakan bunga-bunga besar pada backdrop pelamin yang ditempah baru sesuai dengan stage dewan yang agak rendah serta tidak terlalu lebar.  Alhamdulillah, kerja berjalan lancar dan terima kasih kepada pihak pengantin dan keluarga....

sweet pelamin Nikah
pelamin nikah dan hantaran


pelamin dan hiasan

backdrop with white flower

NEW....but impressive

Barangkali ramai yang tidak tahu dan ramai juga yang tidak perasan saya kini punya baby baru, hmm...bukan anak kecil tetapi miliki satu lagi syarikat yang dikongsi milik bersama rakan seperjuangan.  Little Lovesome... nama yang kami pilih perancangan asalnya lebih tertumpu kepada anak-anak kecil dari accessories hinggalah apa jua yang berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak.

Bertapak di Wangsa Walk Mall, Alhamdulillah... mendapat feedback yang amat memberangsangkan di atas sokongan rakan-rakan, client dan juga marketing yang dibuat, maka kami bergerak atas landasan yang sama dan bekerjasama dengan De Classafora serta lebih memberi tumpuan kepada Majlis-majlis seperti Aqiqah dan Cukur Jambul, Birthday Party, Pertunangan serta Wedding, Corporate event, Wedding Planner, Gift dan Hampers.

Jika anda berkesempatan layarilah facebook Little Lovesome, dan silalah Like beramai-ramai :) dan anda boleh melihat lebih banyak lagi koleksi-koleksi hasil kerja kami.... : (Little Lovesome)

Lovely Pink Candy Table
Golden Dessert Table
Amazing Purple Dessert Table
Baby Cradle Deco/ majlis cukur jambul

It's Flowers Again!!

Sometime we mad about flowers, sometimes we feel crazy to see them, sometime we felt tired and sometimes we loves flowers!! This what we call Florist..... we can't feel bored with the flowers because its our income but kami tak makan duit bunga...Haram!!

Here, I want to show more flowers arrangement have been made for our client especially Istana Negara for every week supplies and special occasions. Se the combination colors, types of flowers... Subhanallahhhh....






Khamis, 20 Oktober 2011

SAKURA.....I'm falling in love!

Sakura.... pastinya kita terbayang Jepun, dan itulah yang berlaku bila anak saudara menyatakan hasrat untuk berkahwin.  Memandangkan beliau yang masih belajar di Jepun dan bertemu pasangannya yang juga belajar di sana, maka kami yang akan merias majlisnya sudah awal2 memikirkan Themed dan concept untuk majlis tersebut.  Belum ada angin-angin majlis akan diadakan kami sudah berangan untuk majlisnya, agak lama kami menunggu saat ini tiba, sehingga tiba saat dan tarikhnya dan kebetulan seminggu selepas majlis resepsi Miss Nina dan Noh Hujan berlangsung dan menggunakan konsep yang sama, namun kami tidak kisah kerana cara kami tetap berbeza....

Dari 'main entrance' kami telah menghiasnya dengan decor item yang bercirikan Jepun sehinggalah melalui laluan karpet merah ke pelamin serta centerpiece dan juga hiasan maintable sehinggalah flower girlnya dikenakan pakaian kimono, walaupun hati masih rasa kurang memuaskan kerana boleh dicantikkan lagi namun tetap bersyukur impian itu tetap terlaksana jua akhirnya..

Venue: Dewan Puspanitapuri Putrajaya
Date: 16 Julai 2011











Jumaat, 14 Oktober 2011

Simple Vintage Wedding

Pertemuan dengan pasangan ini hujung tahun lepas, merupakan kunjungan mereka yang pertama di butik kami.  Kunjungan itu juga terus memberi ruang kepada si pengantin perempuan menyatakan impian hari istimewanya, sebuah majlis yang simple dengan hiasan bunga cream dan ivory color, dan decor items yang lain termasuklah lace dan 'drips curtain'.  Mengambil masa 1 hari untuk mendekorasi setiap sudut yangg dibincangkan bermula pelamin, hantaran, walkway, tunnel arch, dan maintable.... perjalanan kerja tidak memenatkan, tambahan layanan si pengantin yang turut sama turun 'padang menyiapkan bahagiannya membuat 'centerpiece' sendiri serta hiasan khemah, memberi sentuhan yang begitu dramatik pada majlisnya.







Selasa, 4 Oktober 2011

Simple, but not simple!

Sekali lagi kami berkejar ke Putrajaya dewan Puspanitapuri untuk majlis resepsi pada 2 July, untuk pasangan mempelai yang lain tetapi masih di minggu yang sama, kerja bermula selepas solat Jumaat hingga ke malam membawa ke pagi sudah biasa bagi orang-orang yang berkerjaya seperti kami.  Dengan kepanasan dewan yang tahap maksima (nasib baik bawa kipas sendiri itupun satuje) tidak menghalang kami menyiapkan kerja-kerja yang dirancang. Pelamin gabungan set baru dan yang sedia ada sekali memberi kelainan kepada si pengantin yang merupakan satu-satunya anak kepada pasangan Datuk dan Datin ini. 

Perancangan yang kemas dibantu oleh FM (floor manager) yang baru saya kenal pada hari persiapan, majlis berjalan sebagaimana dirancang.  Bagi saya tidak perlu berbelanja besar untuk sesebuah majlis tetapi perlu perancangan yang kemas dan rapi untuk menjayakan majlis itu.

Saya masih ingat kata-kata Datuk yang cukup 'low profile' ini, "kita memang nakkan majlis yang cantik meriah dan yang datang akan sukakannya, tapi lagi kita nak ialah keberkatan majlis itu, supaya semua orang mendoakan kebahagian pasangan hingga ke akhir hayat...". Amin... 
















Isnin, 3 Oktober 2011

WHITE CASTLE

Betapa keringnya idea untuk mencoret entry kali ini tatkala kepala memikirkan macam-macam plan untuk wedding hujung minggu ini. Appointment yang tak berset lagi, schedule yang bertindih, kerja yang tertangguh, kedai yang sarat dan penuh, macam-macam.   Sama kelam kabutnya macam minggu pertama bulan July 2011 bila buat kali pertama kami menerima pelamin lebih dari 2 pelamin dalam seminggu.  Aduh...boleh tahan penat dan terkejar kesana kemari, pelik saya macamana ada vendor yang boleh menerima 8 pelamin dalam masa seminggu sedangkan kami yang terima 3 pelaminpun termengah-mengah, dalam masa 1 hari terpaksa ke 2 destinasi yang berbeza, kemudian keesokannya datang lagi untuk touch-up n finale touch, hmm...kenapa kena datang 2 kali, yelah, kadang-kadang ada tambahan last minute, ada yang tak boleh disiapkan awal so kena buat pagi esoknya, tak mengapalah biar penat kami berbaloi asalkan pelanggan puashati dengan perkhidmatan yang diberikan... dan yang pentingnya DC dah boleh terima 3 pelamin dalam seminggu :)

Pelamin di bawah milik Zakiah dan pasangannya Hafiz, kesinambungan rona Royal Purple dan Lime Green menjadi pilihan pengantin ini. Pelamin tampak begitu bersih dan kemas dengan pilihan warna putih melatari setiap sudut dan penggunaan warna-warna pilihan hanya pada bunga, langsir dan deco items yang lain. Dinding rumah ditutup penuh serta diletakkan dua panel di kiri dan kanan bagi menutup pintu ke dapur, dan hasilnya sebuah pelamin yang gojes!!  









 
 

Kepada sesiapa yang berminat jangan segan silu untuk hubungi kami ok...

Label