Daisypath Wedding tickers

Isnin, 3 Oktober 2011

WHITE CASTLE

Betapa keringnya idea untuk mencoret entry kali ini tatkala kepala memikirkan macam-macam plan untuk wedding hujung minggu ini. Appointment yang tak berset lagi, schedule yang bertindih, kerja yang tertangguh, kedai yang sarat dan penuh, macam-macam.   Sama kelam kabutnya macam minggu pertama bulan July 2011 bila buat kali pertama kami menerima pelamin lebih dari 2 pelamin dalam seminggu.  Aduh...boleh tahan penat dan terkejar kesana kemari, pelik saya macamana ada vendor yang boleh menerima 8 pelamin dalam masa seminggu sedangkan kami yang terima 3 pelaminpun termengah-mengah, dalam masa 1 hari terpaksa ke 2 destinasi yang berbeza, kemudian keesokannya datang lagi untuk touch-up n finale touch, hmm...kenapa kena datang 2 kali, yelah, kadang-kadang ada tambahan last minute, ada yang tak boleh disiapkan awal so kena buat pagi esoknya, tak mengapalah biar penat kami berbaloi asalkan pelanggan puashati dengan perkhidmatan yang diberikan... dan yang pentingnya DC dah boleh terima 3 pelamin dalam seminggu :)

Pelamin di bawah milik Zakiah dan pasangannya Hafiz, kesinambungan rona Royal Purple dan Lime Green menjadi pilihan pengantin ini. Pelamin tampak begitu bersih dan kemas dengan pilihan warna putih melatari setiap sudut dan penggunaan warna-warna pilihan hanya pada bunga, langsir dan deco items yang lain. Dinding rumah ditutup penuh serta diletakkan dua panel di kiri dan kanan bagi menutup pintu ke dapur, dan hasilnya sebuah pelamin yang gojes!!  









 
 

Kepada sesiapa yang berminat jangan segan silu untuk hubungi kami ok...

1 ulasan:

  1. boleh bg quotation. forever_purpleorchid@yahoo.com
    tq

    BalasPadam

Label