Sekali lagi kami berkejar ke Putrajaya dewan Puspanitapuri untuk majlis resepsi pada 2 July, untuk pasangan mempelai yang lain tetapi masih di minggu yang sama, kerja bermula selepas solat Jumaat hingga ke malam membawa ke pagi sudah biasa bagi orang-orang yang berkerjaya seperti kami. Dengan kepanasan dewan yang tahap maksima (nasib baik bawa kipas sendiri itupun satuje) tidak menghalang kami menyiapkan kerja-kerja yang dirancang. Pelamin gabungan set baru dan yang sedia ada sekali memberi kelainan kepada si pengantin yang merupakan satu-satunya anak kepada pasangan Datuk dan Datin ini.
Perancangan yang kemas dibantu oleh FM (floor manager) yang baru saya kenal pada hari persiapan, majlis berjalan sebagaimana dirancang. Bagi saya tidak perlu berbelanja besar untuk sesebuah majlis tetapi perlu perancangan yang kemas dan rapi untuk menjayakan majlis itu.
Saya masih ingat kata-kata Datuk yang cukup 'low profile' ini, "kita memang nakkan majlis yang cantik meriah dan yang datang akan sukakannya, tapi lagi kita nak ialah keberkatan majlis itu, supaya semua orang mendoakan kebahagian pasangan hingga ke akhir hayat...". Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan