Daisypath Wedding tickers

Khamis, 20 Oktober 2011

SAKURA.....I'm falling in love!

Sakura.... pastinya kita terbayang Jepun, dan itulah yang berlaku bila anak saudara menyatakan hasrat untuk berkahwin.  Memandangkan beliau yang masih belajar di Jepun dan bertemu pasangannya yang juga belajar di sana, maka kami yang akan merias majlisnya sudah awal2 memikirkan Themed dan concept untuk majlis tersebut.  Belum ada angin-angin majlis akan diadakan kami sudah berangan untuk majlisnya, agak lama kami menunggu saat ini tiba, sehingga tiba saat dan tarikhnya dan kebetulan seminggu selepas majlis resepsi Miss Nina dan Noh Hujan berlangsung dan menggunakan konsep yang sama, namun kami tidak kisah kerana cara kami tetap berbeza....

Dari 'main entrance' kami telah menghiasnya dengan decor item yang bercirikan Jepun sehinggalah melalui laluan karpet merah ke pelamin serta centerpiece dan juga hiasan maintable sehinggalah flower girlnya dikenakan pakaian kimono, walaupun hati masih rasa kurang memuaskan kerana boleh dicantikkan lagi namun tetap bersyukur impian itu tetap terlaksana jua akhirnya..

Venue: Dewan Puspanitapuri Putrajaya
Date: 16 Julai 2011











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label