Daisypath Wedding tickers

Isnin, 23 Januari 2012

Whimsical Arabian Night!!

Assalamualaikum
wa Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum...

wah...speeking arab!?  alah...sikitje, ingat zaman sekolah pernah belajar bahasa Al Quran ini :)
Kali ini kita bercerita tentang 'Arabian Night Theme'.  Masih pengantin yang sama, ini adalah majlis yang ke tiga diraikan, dan lokasinya di Crown Plaza Hotel Kuala Lumpur.

Majlis ini adalah antara yang terbesar De Classaflora terlibat dalam dekorasi untuk keseluruhan dalam hall. Mengambil masa hampir 1 setengah hari menyiapkan kerja-kerja pemasangan, serta 15 krew DC yang gigih tanpa kenal penat bagi merealisasikan majlis ini.

Theme kali ini menggabungkan 2 warna utama iaitu 'Royal Purple/violet' dan 'Gold' serta kesinambungan warna lain sebagai pelengkap resepi bagi theme ini seperti maroon sedikit hijau dan biru maka timbullan suasana yang diingini.

Bermula entrace/foyer hamparan red karpet telah dihias dengan 'warna purple gold' pada walkway tent' dan deco pada setiap cocktail table dengan items deco seperti flowers arrangement  serta frame-frame gambar yang bersesuaian.

Walkway Deco
Melangkah masuk ke dalam hall kami hiaskan pula juraian bunga pada roman pillars fountain pot di setiap kiri dan kanan walkway mengiringi tetamu ke tempat duduk yang disediakan.


Pelamin dihias detail mengikut tema yang dirancang namun sedikit terhad kerana pentasnya agak kecil berbanding hall yang lain, penggunaan warna dan deco item dititik beratkan bagi melengkapkan konsep dan tema.  Penggunaan lampu juga memainkan peranan yang penting.

Maintable


Menjamu selera sambil menatap bunga-bunga di hadapan pasti menyamankan.  Kami menggunakan warna-warna terang dan masih mengikut tema lalu digubah menjadi sebuah taman yang cantik.  Penggunaan gelas-gelas kaca juga menampakkan konsep yang sama ditambah pula buah-buah anggur yang berjuntaian, cukup menarik pandangan.
Alhamdulillah selesai kami jayakan majlis yang berlansung pada November 2011 ini.  Penatnya amat berbaloi, dan syukur ke hadarat Ilahi di atas idea-idea serta kelapangan dan kemudahan yang diberikanNya sepanjang kami bekerja.. Tuan rumah amat berpuas hati dan senyuman terpancar dari wajah mereka cukup menaikkan semangat kami ketika bekerja...Aminn!!

Wassalam...

K.Nanie
De Classaflora

2 ulasan:

  1. BOLEY TAU X DETAILS UTK PAKEJ SANDING? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boley Alya, just email @ nyatakan email anda di sini, nanti
      akak emailkan pricenya..

      Padam

Label