Daisypath Wedding tickers

Isnin, 2 April 2012

Purplish Secret Garden for Baby Zara

Assalamualaikum wbt...

Imbas kembali beberapa tahun yang sudah maka tersedar saya bahawa umur kita juga semakin meningkat.  kami dipertemukan dengan pasangan pengantin ini, bertanggungjawab merealisasikan majlis resepsinya di Dewan Perdana Felda, dan kemudian sekali dua berhubung, dan pabila De Classafora berpindah, dan di atas kesibukan masing-masing kami kehilangan contact.
pelamin si ibu

Baru-baru ini kami bertemu kembali, beliau membawa anak kecilnya....aduh comelnya rasa seperti mahu digigit dan cubit.  Sekali lagi kami diberi tanggungjawab, menguruskan majlis aqiqah dan cukur jambul si comel ini.
si comel Zara
Pastinya saya bersama team De Classaflora dan Little Lovesome berpadu tenaga, mendekorasi dan meralisasikan majlis tersebut, dari pelamin si kecil, arch, dessert table serta centerpiece.  Tema purple menjadi pilihan apabila si ibu tidak gemarkan warna pink. 

(Purple theme craddle)
 











*Sweet baby Zara, semoga menjadi anak yang solehah yang sentiasa mendoakan mummy dan daddy bila besar nanti, InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label