Salam penuh ceria semua, semoga hari-hari yang dilalui penuh barakah dah sentiasa di bawah lindunganNya......Amin..
Musim Raya tak kiralah raya puasa atau raja haji Open House sudah jadi satu trend, dan adakalanya open house juga ada yang dihias seperti majlis perkahwinan. Kami De Classaflora juga tidak pernah terlepas dalam menghias event-event seperti ini
Sudah 4 tahun berturut-turut jugalah kami berkhidmad dengan company F&Z Group, dalam menghias majlis Open House company ini, maka setiap tahun jugalah kami membuat dekorasi yang berbeza dari sudut tema hiasan, warna dan penampilan dan yang penting perlu lari dari konsep hiasan perkahwinan.
Mujurlah suami saya sering tak kering ideanya, maka dalam 4 tahun kami berkarya di open house company yang sama ada sahaja kelainan yang berjaya kami tampilkan dan Datuk tak perlu pening kepala dengan kamin beliau hanya memberi tema warna untuk majlisnya dan kami yang memikirkan konsepnya maka kami yang pening kepala haha...
Maaflah mengeksplotasikan anak sendiri hehe.... baru nak shoot dia sendiri datang melentok depan kamera ni :) |
Alhamdulillah
dari stage decoration, walkway, entrance, centerpiece, hawkers.... Semuanya kami
cuba perindahkan di dewan Komuniti Bukit Manjalara Kepong, pada theme dan
concept yang berbeza......
Best buat untuk open house sebab lepas tu makan macam-macam :))
Best buat untuk open house sebab lepas tu makan macam-macam :))
di bawah pula tema untuk tahun 2011, berkonsepkan Islamic Geometri, 2 tahun sebelumnya masing-masing bertemakan suasana kampung dan suana rumah english tetapi gambar saya sendiri sudah lupa di mana simpanannya.
*Note: Untuk tahun depan jika masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberi peluang lagi pasti di dalam bulan puasa sudah kami akan pikirkan temanya :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan