Salam sejahtera... Masih dalam mood raya ketika ini, namun mood itu terpaksa ditolak ke tepi, tugasan dan janji harus didahului. Minggu ke dua raya, kami menyambung pula tugas di Ukay Perdana. Permintaan lebih kepada citarasa si ibu, si anak menurut sahaja, mungkin juga mereka sama sahaja citarasanya. Majlis di rumah tetapi memerlukan 2 pelamin, 1 pelamin untuk majlis nikah dan di bawah khemah untuk pelamin resepsi di rumah. Kalau ikutkan pelamin di dewan juga mereka mahukan kami membuatnya tetapi kami punya tugasan lain yang sudah ditempah awal.
Memilih warna-warnah pastel champagne dan pink, serta sedikit sentuhan hijau hanya pada bunga tetapi basicnya adalah warna off white membuatkan ruang rumah menjadi cukup luas dan lapang, langsir backdrop dipasang berbentuk U shape dan diikat menggunakan tassle serta di selitkan sejambak bunga.
Hantaran juga saya buatkan sama denga warna tema hijau dan pink, digubah menggunakan pasu silver yang pernah saya gunakan pada Irma Hasmi, majlis yang akan bermula selepas asar itu kami siapkan hampir jam 3.30pm, kerana kerna kerja semuanya bermula pagi hari yang sama, malam tadi pemasangan langsir/backdrop cukup mengambil masa sebenarnya
Keesokan paginya kami menyiapkan kerja yang belum selesai pada malamnya untuk pelamin resepsi di bawah kanopi. Malamnya kami sudah siapkan sedikit basicnya maka pagi ini perlu kembali untuk finalize apa- yang patut. Mujurlah orang kanopi mengenakan warna pink dan soft green pada scalop kanopinya so...suasana tambap begitu sweet sekali Begitulah kebiasaanya kalau memberi tumpuan kepada majlis di rumah, harus berulang dua tiga kali untuk disiapkan, sayapun agak hairan bagaimana vendor lain mampu mengambil 4-6 pelamin dalam sehari, pasti berhempas pulas dan tiada masa untuk berehat kan..?
Alhamdulillah seperti biasa kerja-kerja kami pastinya berjalan dengan lancar. Bila si ibu dan pengantin tersenyum maka membawa erti mereka pasti berpuas hati. Saya sentiasa bersyukur kepada Allah SWT di atas kurnian ini dan berdoa agar memberi kami rezeki yang diberkati...amin
P/s: buat Kiera...selamat mengharungi alam rumah tangga, berkeluarga, menjadi isteri, menantu dan seterusnya mempunyai keluarga sendiri pasti satu pengalaman yang baru dan ia harus diharungi dengan tabah dan sabar.
Alas dulang utk hantaran boleh sewa x?
BalasPadamMinahcubby nyonyasengal.... ada sewakan,
Padamdatangle kedai :)
ada sewakan....
BalasPadam