Daisypath Wedding tickers

Jumaat, 28 Disember 2012

Raya Openhouse di Istana Negara

Assalamualaikum semua...
Menerima panggilan telefon daripada pihak Istana Negara merupakan satu perkara yang merisaukan sebenarnya kerana kami sudah faham sangat adakalanya pasti ada permintaan di saat-saat akhir.  Kata orang rezeki jangan ditolak, maka walaupun di saat akhir pasti kami berusaha menunaikan hajat mereka, dan barangkali keadaan ini membuatkan mereka senang dengan tindakan kami kerana di saat genting sekalipun kami pasti berusaha mendapatkannya..... tapi adakalanya terpaksa juga ditolak dengan cara baik kiranya keadaan itu diluar kemampuan kami, takut nanti padah pula jadinya, mengapa perlu mengambil risiko , tak gitu...?

Minggu-minggu September kami amat sibuk dan kalut sebenar.  Jadual kerja terlalu padat dari awal minggu hingga penghujung, tatkala di bulan ini jugalah anak pertama saya bakal menduduki peperiksaan UPSR dan ibu ayahnya siap 'bertarung' kerja, Alhamdulillah...mereka cukup memahami.

Mujurlah Majlis Hari Raya kakitangan Istana Negara bersama Tuanku Agong dan Permaisuri diadakan di tengah minggu, maka slotnya boleh diisi walaupun jadual sedikit berubah, dan kami bertuah kerana segala props untuk hiasan sudah ada cuma mungkin tambah dua tiga sahaja.


Kami hanya ditugaskan membuat hiasan photo booth/deko diluar entrance dewan Istana serta hiasan 'isle' barangkali tidak terlalu rumit.  Menggunakan warna tema merah dan hijau menyerlahkan ruang dewan yang berwarna 'earth' dan gold.  Menyiapkannya tidak mengambil masa yang lama namun dua hari juga kami berulang ke sana atas perubahan di saat-saat akhir...biasalah tu.. :)

p/s:  Selalu dapat masuk Istana tetapi tak pernah berpeluang mengadap Tuanku Agong dan Permaisuri, hmm...siapalah kita ye :( .... tetapi .... jaaadilaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label